Rabu, 23 Februari 2011

WANITA

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa  lagi yang kurang dalam syurga ?
Namun adam tetap rindukan Hawa.

Wanita dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Manalah  mungkin kayu yang bengkok akan menghasilakn bayangan lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan yg di berikan NYA

Jangan coba menjinakkan wanita dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan Wanita dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Tapi kenalkanlah mereka kepada Allah,
Karna dia  zat yang kekal.dalam puncak kekuatan dunia.

Akal wanita setipis rambutnya,
Namun tebalkanlah dia dengan ilmu.
Hati Wanita serapuh kaca,
Namun kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan Wanita selembut sutera,
Alngakah baiknya dihiasi ia dengan akhlak.
karna ingatlah
Karna bila wanita menjadi derhaka
Pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara

Lelaki juga janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepemimpinan untuk dirinya
Pimpinlah diri Agar menjadi panutan nya 
Niscaya akan harmonislah semuanya

Janganlah hanya mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' 
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah
coretan231

Tidak ada komentar:

Posting Komentar